Sabtu, 11 November 2017

PERMATA DELIMA ASLI ANUGERAH ALAM BUNIAN

Salam sejahtera buat semuanya bertemu sekali lagi dalam Siaran Lagenda Pulau Rahsia .Untuk paparan  kali ini saya ingin kongsikan sebuah pengelaman Seorang pemuda yang di kenali sebagai Mat yang mendapat petunjuk sehingga menemui dan memiliki sebutir permata delima asli dari sebuah rumah besar yang ditinggalkan sejak berberapa puluh tahun yang lepas sehingga lah kehadiran Encik.Mat bersama keluarga setelah memilih rumah tersebut untuk disewa memandangkan kadar sewa yang murah walaupun agak suram dan jauh dari jiran tetangga.


Pada Awal pindah disitu,Disaat pintu dibuka Mat terkejut melihat keadaan dalam rumah yang penuh dengan kelengkapan,serta disusun rapi cuma yang menakutkan setiap perabot di bungkus dengan kain putih.Mengikut wakil yang Mat temui dalam urusan sewa,Encik Kareem memberitahu dirinya sekadar wakil yang diamanahkan oleh pemilik yang merupakan bekas seorang penghulu namun berpindah mengikuti anaknya menetap diluar negara.Sejak itu lah Kareem di amanahkan untuk menjaga dan memulihara rumah berkenaan.


Hari pertama dirumah sewa tersebut,Mat bersama-sama dengan isteri nya Salmah mengemas apa yang patut termasuk mengubah sedikit kedudukan kerusi meja dan membersihkan kawasan longkang di belakang rumah.Barulah Mat tahu rupanya rumah tersebut mempungai sebuah tangki air besar dibelakang rumah.Mat cuba membuka pili air ternyata airnya dingin serta bersih,Air dalam tangki tersebut disedut dari sebuah perigi yang terletak dikawasan paya tidak jauh dari rumah tersebut.


Malam nya selepas makan malam,Mat bersama isteri dan ibu mertuanya duduk diruang tamu sambil menonton warta berita dari telivisyen lama yang masih berfungsi dalam rumah tersebut.Memandangkan ibu mertua serta isterinya ada bersama,Mat keluar untuk menghisap rokok agar tidak menggangu isteri dan ibu mertuanya.Sewaktu menghembus-hembus asap rokok,Mat terlihat sesuatu yang aneh dibalik pokok mangga dihadapan rumah,seolah-olah susuk tubuh manusia sedang memerhatikan nya.Mat meninjau-ninjau untuk memastikan apa yang dilihat.Entah kenapa,lembaga tersebut lari setelah Mat memerhatikan nya.Ketika itu Mat terlihat lembaga tersebut lari terhuyung hayang tanpa kepala!Perasaan terkejut serta takut membuatkan Mat melepaskan rokok nya dan terus masuk kedalam rumah.


Mat merahsiakan apa yang dilihatnya dari pengetahuan isterinya.Bimbang kalau isteri nya tidak selesa tinggal dirumah tersebut.Malam nya  Mat bermimpi didatangi dua orang,seorang lelaki dalam lingkungan 80an dan seorang wanita muda berusia 20an menghampiri Mat dan lelaki tua tersebut menghulur tangan tanda perkenalan,Dalam mimpi tersebut Mat melihat dua beranak tersebut merupakan penghuni rumah yang disewa oleh Mat.Mat serba salah namun lelaki tua tersebut memberitahu Mat lebih berhak menetap disitu serta memberitahu Mat terdapat roh jahat yang sama menumpang rumah yang Mat sewa.Melalui mimpi tersebut,Lelaki tua memberi tahu Mat Roh jahat tersebut merupakan manga kemalangan yang menetap dirumah yang Mat sewa namun lelaki tua berkenaan memberitahu agar Mat tidak perlu risau dan takut kerana Roh jahat tersebut tidak akan masuk kedalam rumah kerana rumah tersebut juga didiami oleh berberapa lagi roh baik termasuk bunian.


Mat tersedar dari tidur apabila merasakan dirinya berpeluh kerana kepanasan.Sepanjang malam sehingga subuh Mat tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan soal mimpinya.selama seminggu menetap disitu Setiap malam Mat bermimpi bertemu dengan lelaki serta gadis yang sama dalam mimpinya sebelum ini.Sehingga lah masuk minggu kedua menetap dirumah berkenaan,Mat tidak lagi di datangi dua beranak dalam mimpi nya.ketenangan jelas terasa setelah dua minggu menjadi penghuni rumah besar tersebut.sebelum ini setiap hujung minggu Mat akan keluar memancing namun setelah tinggal di rumah berkenaan Mat Tidak lagi gemar memancing,Malah lebih gemar menghabiskan masa hujung minggu nya dengan melihat-lihat sekeliling rumah.


Tiga bulan menetap dirumah tersebut,Mat didatangi sekali lagi dalam mimpi dimana dua beranak yang sama menemui Mat dan kali ini,Lelaki tua tersebut berhajat agar Mat mengambil anak nya sebagai isteri kedua.Belum pun sempat menjawab Mat dikejutkan dengan bunyi tembakan yang amat kuat sehingga Mat terkejut dari tidur,Ternyata bunyi letupan berkenaan terhasil dari dentuman petir dimana ketika itu hujan turun dengan lebat sekali diselang dengan dentuman petir.Mat menjadi risau melihat keadaan hujan yang lebat.Mat bangun dan menuju kedapur untuk minum,Sewaktu membuka peti ais,Mat ternampak satu susuk tubuh seorang wanita duduk di meja makan sambil tersenyum kepada Mat.Mujur Mat dapat mengawal perasaan jika tidak pasti dia akan pengsan disitu.ternyata Susuk tubuh yang dilihat ialah gadis yang kerap muncul dalam mimpi nya bersama lelaki tua.


Dengan pantas Mat meninggkalkan dapur dan segera kebilik tidur.Baru saja Mat melabuh kan punggungnya,Tiba-tiba bekalan elektrik terputus diselang dengan sinaran pancaran kilat  disusuli bunyi dentuman kilat yang kuat.Isteri Mat terbangun apabila merasaka kipas tidak berpusing.Salmah hairan melihat Mat seakan ketakutan.Namun Mat memberitahu tiada apa-apa yang berlaku sekadar terperanjat mendengar suara petir.Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar,Salmah bangun untuk membuka pintu,Manakala Mat semakin takut bimbang kalau-kalau yang mengetuk pintu adalah jelmaan wanita yang selalu dilihatnya dalam mimpi.


Rupa-rupanya ibu mertua Mat yang datang menghantar lilin memandangkan bekalan elektrik terputus.Sehingga subuh mata Mat masih segar.Mat membuat keputusan untuk mengambil cuti pada hari tersebut.Siangnya Mat banyak termenung memikirkan tawaran jelmaan dari dua beranak yang kerap hadir dalam mimpinya.Bermacam situasi muncul dalam kepala Mat,Di terima takut mengguris hati isterinya,lagipun mat jadi risau macamana hidup dengan orang halus.Di tolak pula,Mat berasa sayang memandang kan rupa paras gadis tersebut memang menawan hati mat.Dalam Mat berkira-kira tiba-tiba mat terasa bahunya di tepuk dari belakang,Mat terkejut dan merasakan dirinya sedang bermimpi apabila gadis bersama ayahnya yang kerap ditemui muncul dalam mimpinya kini berdiri di hadapan Mat ketika siang hari.Mat terkejut namun lelaki tua tersebut berkata terlebih dahulu,Dia meminta Mat jangan takut kerana Mereka bukan lah Hantu,Namun bunian yang menetap bersama Mat.


Mat ditanya sekali lagi tentang anak gadisnya.Dimana Mat akan berkhawin dan menetap bersama keluarga seperti biasa,tanpa perlu bercerai atau sebaliknya,Dan mat cuma akan bertemu dengan Zulaikha pada hari jumaat sahaja.selain nya mat bebas bersama isteri pertama nya.Pernikahan pula harus dilakukan dalam kalangan keluarga Zulaikha tanpa perlu menyusahkan keluarga Mat.Mendengar penjelasan tersebut akhirnya Mat bersetuju dan bersedia mengahwini Zulaikha.Pada hari yang janjikan,Mat memberitahu kepada isterinya yang dia akan berkursus selama seminggu dan selama seminggu tidak akan balik kerumah.


Melalu jalan yang ditunjukkan oleh Haji Noh,Ayah kepada Zulaikha,Akhirnya tiba lah Mat di perkampungan Zulaikha,Seawal tiba disana,Mat melihat kehidupan yang sungguh berbeza,Dimana mereka kelihatan aman dan damai.Mat merasakan dirinya berada di sebuah kawasan yang maju dimana kelihatan kereta mewah-mewah bersama rumah-rumah tersergam indah.Mat seoalah tidak percaya yang dia kini di kelompok orang bunian.Rutin kehidupan mereka sama seperti kehidupan yang biasa Mat lalui.Dirumah Mat disambut bagaikan seorang raja,segala persiapan telah disiapkan termasuk pelamin dan sebagainya.Haji Noh memberitahu Mat dikehendaki melakukan pekerjaan sebelum dinikahkan dengan Zulaikha.


Dimana Mat dikehendaki menangkap seekor ikan dari sebatang sungai yang tidak jauh dari rumah Haji Noh.Puas Mat mencari ilham bagaimana harus menaikan ikan sedangkan dia masih baru disitu dan tiada sebarang kelengkapan.setelah puas memikir,Mat kembali menemui Haji Noh dan meminta kebenaran untuk menemui bakal Isterinya Zulaikha,Dengan keizinan Haji Noh,Mat menemui Zulaikha untuk meminta butang tudung nya bersama berberapa depa tali tangsi.setelah mendapat barang yang dihajatkan,Mat kembali kesungai dan membuat mata kail menggunakan butang tudung Zulaikha.bersama tali tangsi di ikat kemas pada mata kail dan joran yang dibuat dari buluh.


Dengan berumpan kan cacing biasa,Mat melepaskan mata kail nya kedalam sungai,Hampir setengah jam menunggu,Akhirnya Mata kail mat di tarik ikan,Bersungguh-sungguh Mat mengawal asakan ikan agar tidak mematahkan  butang tudung atau memutuskan tali tangsi.setelah puas melayan karenah ikan akhirnya mat berjaya menaikan seekor ikan kelisa emas yang besar.Setelah berjaya memperolehi ikan,Mat segera kembali kerumah haji Noh.bagaikan telah dirancang,seorang pemuda menunggu mat di rumah bersama haji Noh untuk membeli ikan Mat.Tanpa banyak bicara,pemuda tersebut menghulurkan sepuluh keping wang perak kepada Mat.Mat sekadar neneriman dan terpinga-pinga menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.


Haji Noh memberitahu Yang Mat dan Zulaikha akan dinikahkan malam tersebut,Sepasang persalinan diberikan kepada Mat,Malam tersebut Mat kelihatan sungguh segak berpakaian ala Sultan.Dengan Mas kahwin sebanyak sepuluh keping wang perak dibayar tunai,Mat sah menjadi suami kepada Zulaikha.Malam tersebut merupakan malam pengantin pertama Mat dengan Zulaikha sebelum Mat dibenarkan kembali keesokan harinya.Keesokan harinya,Mat diiringi berberapa saudara Termasuk Zulaikha untuk balik.melalui jalan yang sama melintasi dusun durian tiba-tiba Mat berada dalam sebuah bilik kosong dalam rumah nya bersama Zulaikha.Sebelum kembali Zulaikha menyerahkan sebutir batu berwarna Merah sebagai ikatan perkahwinan mereka.sebelum Zulaikha ghaib dari pandangan Mat.


  • Kerana begitu teruja,petang tersebut juga Mat pergi ke sebuah kedai batu permata,Dan mengikat batu berkenaan dengan Cincin Suasa.Semasa menyerahkan batu untuk diikat,Tukang canai bertanya darimana Mat mendapat batu berkenaan,mengikut pemeriksaan tukang batu,Dia memberitahu batu yang Mat miliki amat sukar ditemui ketika itu,dan Tukang batu memberitahu mat yang batu tersebut merupakan permata delima yang tidak dapat ditemui dimana-mana.Mat sekadar tersenyum dan mendiamkan diri.Sejak dari hari itu kehidupan Mat berubah,Dulunya cuma berkereta buatan proton lama kini ditukar sebuah Toyota Camry terbaru,Mat juga berjaya memiliki sebuah rumah baru yang dibeli sendiri.Dahulunya sekadar seorang technician kini di naik kan pangkat kepada jurutera.


Perubahan demi perubahan dialami oleh Mat,Tanpa Mat sedar rezeki yang diperolehi atas doa kedua Isterinya,iaitu isteri zahir dan Batin,Salma dan Zulaikha.Kini mat dalam urusan membeli rumah yang disewanya,Dan masih dalam proses menemui bekas penghulu,Tuan punya rumah.Setiap hari kehidupan Mat sentiasa di sinari kebahagian dan kesenangan.Bukan sekadar itu sahaja,Mat secara tiba-tiba mampu merawat penyakit orang dengan hanya doa dan air masak.Sejak kehidupan Mat berubah,Semakin ramai orang kampung yang datang menemui Mat mengadu kesusahan,Namun Mat seorang yang baik serta tidak pernah lekang membantu orang yang menemuinya.Begitulah sebuah perkongsian dari Seorang kenalan saya dari Pahang,Semoga anda terhibur.

1 ulasan:

  1. Terhibur saya membaca coretan ini. Terima kasih tuan penulis.

    BalasPadam